HomeUtamaRosalam mulakan tugas sebagai Naib Canselor kelapan UMS

Rosalam mulakan tugas sebagai Naib Canselor kelapan UMS

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly memulakan tugas rasmi sebagai Naib Canselor kelapan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Jumaat selepas menghadiri sesi lapor diri di Lobi Bangunan Canselori universiti itu.

Ketibaan beliau disambut dengan perbarisan tabik hormat oleh Bahagian Keselamatan UMS sebelum menghadiri sesi lapor diri dan merekodkan kehadiran (clock-in) yang turut disaksikan pegawai utama dan kanan universiti serta warga UMS.

Sesi berkenaan diteruskan dengan acara bergambar bersama barisan pengurusan universiti dan warga UMS sebagai tanda alu-aluan kepada kepimpinan baharu universiti itu.

Rosalam dilantik sebagai Naib Canselor kelapan UMS berkuat kuasa 23 November 2026, menggantikan Datuk Prof. Dr. Kasim Mansor.

Sebelum pelantikan itu, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, selain pernah menjawat jawatan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Pengarah Pusat Kajian Minyak dan Gas di universiti berkenaan.

Beliau merupakan Profesor dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari University of Bath, United Kingdom.

Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Kejuruteraan Alam Sekitar serta Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Proses dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bidang kepakaran beliau merangkumi teknologi membran dan nanogentian, khususnya dalam penulenan air serta rawatan air sisa.

RELATED ARTICLES
Utama

KKRU pantau rapi usaha pulih bekalan elektrik Pantai Timur Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular