Masidi hadiri Majlis Iftar Kumpulan Yayasan Sabah di Ranau

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:45 Second

RANAU: Menteri Kewangan merangkap Wakil Rakyat Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun menzahirkan penghargaan beliau kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memilih Surau Kampung Terelobou sebagai tapak penganjuran program Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat di sini pada Sabtu.

“Hampir setiap tahun Kumpulan Yayasan Sabah melaksanakan program Iftar seperti ini dengan hasrat mengeratkan hubungan silaturahim di antara komuniti setempat dan agensi kerajaan.

“Acara seperti ini memang baik untuk kita semua. Saya memuji keprihatinan dan kesungguhan Kumpulan Yayasan Sabah menyantuni segenap lapisan masyarakat di Sabah dan ini sememangnya peranan dan identiti Kumpulan Yayasan Sabah,” katanya semasa berucap pada majlis itu.

Majlis tersebut turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah memberikan sumbangan kepada golongan Asnaf dan Surau Kg. Terelobou.

Majlis yang dihadiri sekitar 200 orang penduduk Kg Terelobou tersebut dimulakan dengan sesi berbuka puasa sebelum solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Majis turut dihadiri Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abd. Ghani dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Hanafiah Diman.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *