Sabah FC perlu bangkit selepas kekalahan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mahu para pemainnya bersikap lebih positif untuk kembali bangkit selepas kekalahan dalam suatu aksi perlawanan.

Katanya, untuk menjadi sebuah pasukan yang baik selepas tewas, perlawanan seterusnya akan menilai dari segi mentaliti para pemain.

“Perlawanan seterusnya akan menilai dari segi mentaliti pemain saya dimana mereka harus mempunyai keyakinan dimana selepas tewas mereka perlu kembali mencipta kemenangan.

“Ia bukan suatu perkara mudah tetapi dengan sikap positif saya percaya kita mampu melakukan. 

“Namun kita tahu juga pasukan yang Kuala Lumpur bukan satu pasukan yang mudah untuk kita bermain ditempat lawan,” katanya dalam sidang media selepas pertemuan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) Jumaat lalu.

Sabah FC akan bertemu Kuala Lumpur City FC pada Rabu ini yang akan berlangsung di Stadium Kuala Lumpur.

Kim Swee berkata, Kuala Lumpur juga dilihat belum mencapai kemenangan dan ia akan meletakkan pasukannya dalam satu tekanan.

“Dalam masa sama, kita harus mengawal tekanan dengan baik untuk kita mencipta kemenangan selepas ini.

“Ini baru perlawanan keenam dan kita banyak lagi perlawanan supaya kita terus kekal fokus dan tidak terus mengalah atau hilang keyakinan,” katanya.

Sabah FC kini berada ditangga ketiga dibelakang Selangor FC yang berkongsi 13 mata. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *