HomeIsu tempatanPETRONAS santuni lebih 100 asnaf

PETRONAS santuni lebih 100 asnaf

Read Time:38 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Membakut : Seramai lebih 100 asnaf terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan anak yatim sekitar daerah ini disantuni Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Mereka diraikan dalam satu Majlis Iftar Perdana PETRONAS yang diadakan di Dewan Kesenian Membakut dan turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Arifin berkata, program itu merupakan antara peranan PETRONAS dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada golongan memerlukan.

“Ini adalah peranan PETRONAS bukan sahaja disini tetapi juga diseluruh negara dan kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) di Sabah bersama PETRONAS sekian lama juga berjalan dengan baik.

“PETRONAS juga telah banyak membantu kementerian kita dalam pelbagai perkara khususnya yang melibatkan rakyat di negeri ini,” katanya ketika ditemui.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 usahawan sertai seminar berkaitan e-invois dalam perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular