HomeSukanPetronella dilantik sebagai Ketua Jurulatih Malayan Tigress B-17

Petronella dilantik sebagai Ketua Jurulatih Malayan Tigress B-17

Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu : ‘Sumandak Tamparuli’ Petronella Douny hari ini diumumkan sebagai Ketua Jurulatih Malayan Tigress B-17 Kebangsaan yang baharu.

Pelantikan Petronella itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dilihat sejajar dengan visi FAM bagi memperkasakan lagi bola sepak wanita dengan membina skuad bola sepak wanita Kebangsaan yang terdiri daripada kaum wanita.

Petronella juga merupakan satu-satunya jurulatih wanita di Malaysia yang memiliki Lesen A Kejurulatihan dari Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung SAFA, Datuk Dr Jelani Hamdan

Ini sekaligus menjadi salah satu faktor penyumbang kepada pemilihannya sebagai Ketua Jurulatih Skuad Malayan Tigress B-17.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) turut menyambut baik seterusnya merasa bangga atas pelantikan Penolong Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah, Petronella Douny sebagai Ketua Jurulatih Malayan Tigress B-17.

Setiausaha Agung SAFA, Datuk Dr Jelani Hamdan, berkata Petronella, 36, yang berasal dari Tamparuli, adalah antara jurulatih bertauliah yang berjaya dilahirkan badan induk bola sepak Sabah itu menerusi program pembangunan bola sepak Sabah.

“Tahniah kepada Petronella Douny atas pelantikan sebagai Ketua Jurulatih Malayan Tigress  B-17. Beliau adalah satu-satunya jurulatih wanita yang memiliki Lesen Kejurulatihan AFC/FAM A.

“Beliau juga bertindak sebagai Penolong Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah pada masa ini,” katanya mengulas pelantikan Petronella yang diumumkan FAM hari ini.

Jelani berkata, sebagai badan induk bola sepak Sabah, SAFA memainkan peranan penting dalam pembangunan menyeluruh bola sepak negeri, termasuk melahirkan jurulatih bertauliah untuk pasukan lelaki dan wanita.

Katanya, selain Petronella, SAFA turut menghantar dan membiayai bekas Ketua Jurulatih Sabah, Jellius Ating untuk mengikuti kursus kejurulatihan AFC PRO DIPLOMA atau lebih dikenali sebagai Pro-A.

“Beliau telahpun menamatkan kursus di Crotia baru-baru ini. Jelius adalah satu-satunya orang Sabah yang memiliki lesen PRO A. Tahniah diucapkan kepada saudara Jellius Ating,” katanya.

Jelani berkata, SAFA juga tidak melupakan pengadil bola sepak yang lain di Sabah, malah mereka ditawarkan kursus pendek dan jangka panjang untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.

Bagi rancangan jangka panjang, katanya SAFA tjuga mewujudkan Akademi Bola Sepak SAFA yang dilancarkan di peringkat negeri, baru-baru ini sebelum dikembangkan di peringkat zon seluruh Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Veteran kekal aktif hayun raket di usia emas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular