HomeUtamaBantu SESB jadi 'mata dan telinga' banteras kegiatan curi kabel

Bantu SESB jadi ‘mata dan telinga’ banteras kegiatan curi kabel

Read Time:1 Minute, 45 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

 Kota Kinabalu : Orang awam diseru untuk menjadi ‘mata dan telinga’ seterusnya membantu menyalurkan maklumat bagi membanteras kegiatan mencuri kabel tembaga milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang semakin berleluasa.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, usaha bagi menangani jenayah itu tidak dapat dilakukan tanpa bantuan daripada pelbagai pihak termasuk masyarakat umum khususnya di negeri ini.

Katanya, setiap maklumat yang diberikan akan dapat membantu mempercepatkan tindak balas pihaknya bagu meminimumkan kesulitan yang akan dihadapi orang ramai ekoran kesan kepada jenayah ini.

“Sikap tidak bertanggungjawab seperti ini juga boleh mengundangkan maut kepada si pelaku kerana terdedah dengan renjatan elektrik.

“Kami berharap agar kerjasama dan komitmen ini akan terus berlanjutan bagi memastikan keselamatan kabel terjaga seterusnya mengurangkan kadar jenayah itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Yaakob berkata, beberapa kawasan sekitara Kota Kinabalu telah mengalami gangguan bekalan baru-baru ini berpunca daripada kegiatan mencuri kabel milik SESB.

“Kami mahu memberikan perkhidmatan bekalan elektrik terbaik kepada semua rakyat, namun, sekiranya aktiviti jenayah ini masih lagi berleluasa, ia mungkin akan membantutkan usaha ini.

“Apabila kabel SESB di kawasan tertentu dicuri atau dimusnahkan, masyarakat setempat tidak dapat menikmati bekalan elektrik dan ini pastinya menjejaskan rutin harian mereka dan membawa kepada implikasi lain selain boleh menjejaskan aktiviti perniagaan dan ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Yaakob berkata, SESB akan  bekerjasama dengan Polis untuk memastikan individu dan dalam terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan selain melaksanakan beberapa inisiatif bersama dengan pihak berkuasa agar kejadian seumpama ini dapat dibendung.

Katanya, kesan daripada insiden curi kabel itu telah menyebabkan ketidakstabilan bekalan ke beberapa lokasi di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

“SESB harus menggunakan kaedah interim dengan menyalurkan bekalan melalui punca bekalan alternatif termasuk meletakkan janakuasa bergerak di lokasi-lokasi strategik untuk memastikan pembekalan elektrik dibekalkan secara berterusan kepada pengguna yang terjejas,” katanya.

Pengguna yang ingin menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan curi kabel ini boleh berhubung dengan SESB Careline 15454, 088- 515000 atau melalui aplikasi Whatsapp 019-852 5427 atau menggunakan aplikasi mySESB yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App . – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular