HomeIsu tempatanFilem pendek pelajar KVK, juara di Festival Seni Antarabangsa

Filem pendek pelajar KVK, juara di Festival Seni Antarabangsa

Read Time:1 Minute, 30 Second

KENINGAU: Sekumpulan pelajar dari jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak Kolej Vokasional Keningau (KVK) tidak menyangka mereka menjadi juara di festival seni “Art Marathon in France” pada 5 April 2023 dalam kategori filem pendek.

Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada Nursofi Aisyahtul Fatihah, Naveah Abila, Ave Vanessa, Brandon Zachary David, Chris Elvyenie Grice Michael dan Vitavenicea Layuni.

Pengarah KVK Christine Stanislaus Kinsik berkata, filem pendek yang dihasilkan oleh pelajar tersebut dilakonkan semula berdasarkan kisah benar salah seorang pelajar kolej itu yang nyaris menjadi mangsa penipuan yang lebih dikenali sebagai ‘scam’ pada masa kini.

Katanya, filem itu mengisahkan seorang pelajar yang terpedaya dengan ajakan kenalan rapatnya berkenaan dengan perniagaan dalam talian yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

“Namun skim tersebut memerlukannya untuk memindahkan wang dari akaun peribadi ke satu akaun dari masa ke semasa sebelum mendapat wang yang dipindahkan bersama bayaran tambahan untuk setiap permindahan.

“Jumlah wang tersebut semakin lama semakin meningkat dan sindiket terbabit kian mendesak agar pembayaran dibuat serta-merta.

“Apabila tindakannya itu disedari oleh para guru, mereka menasihatnya untuk berhenti dan akhirnya dia berkeputusan untuk tidak lagi melibatkan diri kerana makin terbeban dengan skim penipuan itu,” kata Christine dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, ini adalah salah satu contoh penipuan dimana mangsa menjadi keldai akaun yang boleh disabitkan kesalahan jenayah.

“Pasukan pelajar ini menghasilkan filem ini untuk meningkatkan kesedaran warga kolej itu dan orang awam agar berhati-hati dengan skim penipuan yang kian berleluasa,” ujarnya.

Atas kejayaan itu, Christine memuji usaha para pelajarnya dalam menyebarkan maklumat penting secara kreatif yang menganggap ini sebagai salah satu inovasi yang boleh digunakan untuk mengatasi pengaruh penipuan memandangkan ramai warga Malaysia telah menjadi mangsa dan ianya telah menimbulkan kerisauan yang tinggi di kalangan masyarakat.

Filem pendek yang bertajuk “Watch Your Step” (Jaga Langkah Anda) itu boleh diakses melalui pautan berikut: https://youtu.be/ZI4Sbfn7zAQ

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular