HomeUtama12 'Projek Sakit' KKM seluruh negara termasuk 3 di Sabah - Dr...

12 ‘Projek Sakit’ KKM seluruh negara termasuk 3 di Sabah – Dr Zaliha

Read Time:2 Minute, 6 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Sebanyak 12 ‘projek sakit’ di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seluruh negara termasuk tiga di Sabah membabitkan Hospital Papar, Hospital Beaufort dan Klinik Kesihatan di Sikuati, Kudat.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, faktor-faktor yang menyebabkan ‘projek sakit’ iaitu selain negara dilanda pandemik Covid-19, termasuklah dari sudut kekurangan pekerja dan bahan binaan.

“Kita tahu kita berdepan dengan pandemik Covid-19, tiga tahun projek ini tidak dapat berjalan tetapi ada juga faktor-faktor yang dikenal pasti dari sudut penyediaan pekerja oleh kontraktor dan mungkin ada sedikit material memberikan faktor menyebabkan projek ini lewat dan kita kategorikan ia sebagai ‘projek sakit’,” katanya semasa mengadakan lawatan dan meninjau perkembangan Projek Naik Taraf Hospital Papar di sini hari ini.

Dr Zaliha turut diiringi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Dr Zaliha berkata, Projek Naik Taraf Hospital Papar yang menelan kos sebanyak RM98.5 juta itu sebenarnya projek agak lama dan ia kategorikan sebagai projek sakit.

“Kita telah award pada tahun 2017 tetapi ada beberapa kekangan yang kita juga dapatkan tadi taklimat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), dan taklimat daripada kontraktor sendiri apakah permasalahan dan kekangan yang kita hadapi hingga ke saat ini jadi kita mengkategorikan sebagai projek sakit.

“Walau bagaimanapun kita telah lihat perkembangan pada masa kini
sebanyak 62 peratus walaupun terkebelakangan sikit pada jangkaan kita, jangkaan kita sepatutnya 70 peratus tetapi kita melihat perkembangan kita akan terus menjalankan perbincangan dan pemantauan,” katanya.

Menurutnya, perbincangan akan dilakukan diantara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), JKR dan beberapa pihak kontraktor dan pihak berkepentingan lain untuk kita melihat bagaimana kita terus memacukan projek ini dan kita jangkakan insya Allah, pada bulan Mei ini akan ada perkembangan baru lagi di mana kontraktor dikehendaki menyesuaikan peralatan mekanikal dan elektrikal.

“Kita jangkakan hujung tahun ini hospital ini akan siap, ia akan memberikan manfaat kepada penduduk papar dan sekitarnya lebih kurang 100,000 penduduk dan ini adalah berita baik kepada penduduk Papar, Datuk Armizan selaku menteri yang bertanggungjawab juga akan terus memantau juga projek ini dan memastikan akan dapat kebaikan kepada rakyat,” ujarnya.

Projek Naik Taraf Hospital Papar ini melibatkan pembinaan wad dengan pertambahan 84 katil yang merangkumi Wad Pediatrik, Wad Wanita & Wad Lelaki.

Selain itu, perkhidmatan yang bakal disediakan kepada pesakit termasuk Kecemasan & Trauma, Pengimejan (X-Ray), Farmasi Satelit, Dewan Pembedahan dan Jabatan-jabatan serta perkhidmatan lain yang berkaitan.

Keseluruhan kapasiti katil bagi Hospital Papar akan meningkat kepada 161 katil apabila projek ini siap.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular