HomeIsu tempatanLebih 2,000 umat Islam sertai Khatam Al-Quran Perdana

Lebih 2,000 umat Islam sertai Khatam Al-Quran Perdana

Read Time:1 Minute, 11 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu :  Lebih 2,000 umat Islam sekitar Bandaraya Kota Kinabalu di sini menyertai Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang diadakan di Masjid Negeri di sini semalam.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Saifulzaman Sangul berkata, majlis yang bermula selepas solat Asar itu dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.

Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1444H/ 2023M itu disertai Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Ruslan Muharam.

Selain itu turut menyertai, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais, Timbalan Yang DiPertua MUIS, Malai Ali Malai Ahmad, Setiausaha yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali dan Timbalan Hal Ehwal Islam JHEAINS, Ag Juri Ag Tahir. 

Saifulzaman berkata, bagi memastikan program itu mencapai sasarannya, JHEAINS telah mengeluarkan pekeliling kepada 1,047 buah masjid di seluruh negeri ini agar mengimarahkan Nuzul Al-Quran di daerah masing-masing.

Katanya, objektif majlis adalah bagi menggalakkan umat Islam terus membudayakan bacaan Al-Quran serta khatam sekurang-kurangnya sekali dalam bulan Ramadan bagi mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni, saling menghormati, meningkatkan ketaatan serta kecintaan umat kepada Allah Subhanallahu Wa Ta’ la, para rasul dan kitab suci Al-Quran.

Mengakhiri majlis, Ruslan yang diiringi Saifulzaman dan Malai Ali menyampaikan sijil penghargaan kepada para pengerusi masjid yang memenuhi undangan sekali gus menjayakan majlis tersebut.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular