HomeUtamaNIOSH laksana pelbagai program bantu tingkat tahap KKP

NIOSH laksana pelbagai program bantu tingkat tahap KKP

Read Time:1 Minute, 27 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) telah melaksanakan pelbagai program bagi membantu meningkatkan lagi tahap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata, ia termasuklah di institusi pengajian yang turut disertai oleh pelajar golongan asnaf.

“Melalui program KKP untuk Sekolah Tahfiz (OSH for Tahfiz) dan KKP di Sekolah (OSH in School), NIOSH berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan dan penyakit di sekolah-sekolah kebangsaan dan agama termasuk di luar bandar yang banyak disertai oleh pelajar dari golongan asnaf.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud

“Saya ingin menyarankan agar lebih banyak program sebegini diadakan terutamanya di kawasan luar bandar demi memanfaatkan golongan yang tidak berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Infaq dan Iftar Ramadan NIOSH bersama Asnaf Parlimen Sepanggar di sini semalam.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, pihaknya juga berharap agar lebih ramai pihak sudi untuk membantu kerajaan menjayakan program-program sebegini, selaras dengan konsep Malaysia Madani.

Katanya, selain memberikan sumbangan dan bantuan kepada golongan asnaf, Kerajaan Malaysia Madani turut memastikan mereka mendapat akses kepada pendidikan, kesihatan dan peluang pekerjaan yang setaraf dengan yang diterima oleh golongan lain dalam masyarakat.

“Antara inisiatif yang diambil pihak kemenetrian adalah menyediakan program latihan Pasport Keselamatan secara percuma oleh NIOSH untuk 5,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, termasuk mereka dari kumpulan B40.

“Usaha sebegini seharusnya menjadi contoh kepada agensi atau syarikat yang lain kerana ia mampu meningkatkan pengetahuan dan juga memberi nilai tambah kepada para pelajar terlibat, terutamanya yang kurang berkemampuan.

“Saya yakin, sokongan dan bantuan diberikan ini bukan sahaja dapat memperbaiki keadaan sosial dan ekonomi mereka, malahan mampu memberikan harapan dan keyakinan kepada mereka untuk melangkah maju dalam hidup,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular