HomeUtamaPembinaan Klinik Kesihatan Kelas 3 Penampang perlu disegerakan

Pembinaan Klinik Kesihatan Kelas 3 Penampang perlu disegerakan

Read Time:1 Minute, 10 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Pembinaan Klinik Kesihatan Kelas 3 (KK3) Penampang yang telah lama tertangguh perlu segera dilaksanakan. 

Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berkata, perkara itu dilihat penting bagi memberi perkhidmatan kesihatan dan rawatan pesakit luar kepada masyarakat Penampang. 

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia menyatakan demikian dalam pertemuan dan perbincangan bersama Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Perbincangan tersebut yag berlangsung semalam turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin dan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ewon berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan melaksanakan proses perolehan projek tersebut melalui tender pada tahun ini.

“Saya telah menyatakan kepada Dr Zaliha agar kerja-kerja pembinaan tersebut dapat dimulakan pada tahun hadapan sebaik proses perolehan secara tender yang dijangka memakan masa sehingga enam bulan diselesaikan pada tahun ini.

“Projek ini merupakan salah satu agenda yang saya letakkan di dalam Jawatankuasa Pemantauan Projek-Projek Berimpak Tinggi di Penampang selain daripada projek lain seperti pembinaan baru Tamu Donggongon, projek pan borneo, projek sekolah dan tebatan banjir.

“Saya komited memastikan projek-projek yang telah dijanjikan kepada rakyat Penampang sebelum ini dapat dilaksanakan pada penggal ini dan juga beberapa projek baharu seperti hub keusahawanan dan sebagainya,” katanya. 

Terdahulu Zaliha mengadakan lawatan kerja ke beberapa hospital di Kota Kinabalu dan Papar. Beliau turut mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah hari ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular