HomeIsu tempatanPERTIWISA komited fokus program sosial kebajikan

PERTIWISA komited fokus program sosial kebajikan

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (PERTIWISA) akan terus mengutamakan program khidmat sosial kebajikan khususnya kepada golongan memerlukan di negeri ini. 

Pengerusinya, Zaleha Mohd Kassim berkata, antara program yang sedang giat diusahakan oleh persatuan tersebut adalah Program Kasih Ramadan PERTIWISA.

“Program ini bersempena dengan bulan Ramadan yang melibatkan 100 orang ibu tunggal serta asnaf dan 100 orang anak yatim dari kampung-kampung terpilih seperti Kampung Likas, Kampung Sembulan, Kampung Tanjung Aru dan sekitar daerah Putatan.

“Selain itu, sumbangan tahunan PERTIWISA kepada Rumah Anak Yatim Tambunan dan Sekolah Ugama Islam Anak-anak Mualaf Tambunan juga sedang diusahakan.

“Terima kasih atas semua sumbangan yang diberikan oleh warga PERTIWISA, keluarga dan para dermawan dalam usaha untuk membantu saudara kita yang sangat memerlukan bantuan ini,” katanya semasa berucap dalam Majlis Khatam Al-Quran Perdana di sini, semalam. 

Sementara itu, Zaleha turut memaklumkan seramai  150 peserta ahli persatuan berkenaan dari seluruh Sabah terlibat menjayakan Majlis Nuzul Al-Quran 1444H di Masjid Negeri semalwm

Pada majlis itu, ceramah bertajuk, “Keagungan Al Quran Rahmatal Lil Alamin” turut disampaikan oleh Pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Ustaz Israq Ramli.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular