HomeUtamaPengedar dadah, rempuh dan langgar polis, mati ditembak

Pengedar dadah, rempuh dan langgar polis, mati ditembak

Read Time:2 Minute, 32 Second

LAHAD DATU: Seorang suspek dipercayai pengedar dadah ditembak mati oleh polis selepas merempuh sekatan jalan dan melanggar anggota yang bertugas semasa operasi Op Tapis dijalankan di tepi jalan, jalan Plum Oil Industrial Cluster (POIC) Phase 2, di sini pada Sabtu.

Barang yang dirampas dari suspek. – Foto ihsan IPD Lahad Datu

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner (ACP) Dr Rohan Shah Ahmad berkata, sepasukan Pegawai Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu terpaksa melepaskan satu das
tembakan bagi mempertahankan diri setelah dilanggar semasa menjalankan “OP Tapis” bagi menahan suspek seorang pengedar dadah.

“Dalam kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang 11.45 pagi itu, bertempat di tepi jalan, jalan Plum Oil Industrial Cluster (POIC) Phase 2, Lahad Datu, Sabah.

“Bertindak atas maklumat aktiviti pengedaran dadah, semasa sepasukan polis dari BSJND IPD Lahad Datu cuba menahan sebuah kereta jenis perodua viva yang dinaiki suspek, secara tiba-tiba suspek telah mengundurkan keretanya dengan agresif dan melanggar salah seorang daripada anggota dalam pasukan serbuan itu.

“Suspek kemudian turut membuat pusing U (U-turn) dan memecut keretanya dalam pergerakan melawan arus jalan serta melanggar seorang lagi anggota dalam pasukan serbuan terbabit yang sedang cuba menghalang suspek.

“Walau bagaimanapun, anggota terbabit sempat melepaskan tembakan ke arah kereta suspek bagi tujuan mempertahankan diri sebelum dilanggar,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Rohan berkata, suspek telah memecut keretanya kerana cubaan melarikan diri daripada ditangkap oleh pasukan serbuan dan kemudiannya dilihat terbabas pada jarak 400 meter dari tempat kejadian ke bulatan berhampiran dengan lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek sudah tidak sedarkan diri dan terbaring di bahagian tempat duduk penumpang hadapan sebelah kiri.

“Suspek telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang datang ke lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Rohan, suspek berumur 28 tahun adalah seorang lelaki warganegara Malaysia dan penganggur.

“Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau melibatkan kesalahan pelbagai kesalahan narkotik dan jenayah komersil (Wanted).

“Kes ini disiasat di bawah seksyen 307 kanun keseksaan atas kesalahan cuba bunuh dan juga di bawah Seksyen 39a(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan pengedaran dadah jenis syabu dengan rampasan seberat 7.45 gram yang bernilai RM 1,490.00, dua bilah parang jenis samurai dan kenderaan kereta jenis Perodua Viva.

“Pihak polis akan terus menjalankan operasi-operasi pembanterasan pengedaran dan aktiviti dadah di daerah Lahad Datu,” tegasnya.

Sementara itu, Rohan turut memaklumkan dalam kenyataannya, pada Januari sehingga April 2023, tangkapan keseluruhan seramai 51 orang yang melibatkan kes rampasan dan tangkapan dadah yang disiasat di bawah seksyen yang sama.

“Manakala, tempoh kajian Januari hingga Disember 2022 jumlah tangkapan keseluruhan yang melibatkan kes rampasan dan tangkapan dadah yang disiasat di bawah Seksyen 39B, 39A(2) dan 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah seramai (143) orang,” katanya.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu memandang serius terhadap kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah ini dan turut menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat tentang pengedaran dan penyalahgunaan dadah kepada pihak polis agar tindakan berterusan dapat diambil bagi memastikan daerah itu bebas daripada penyalahgunaan dadah.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya