HomeUtamaTun Musa Hadiri Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang...

Tun Musa Hadiri Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berlangsung di Dewan Seri Kinabalu, pada Isnin.

Majlis penuh istiadat itu diadakan sebagai tanda penghormatan dan menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda.

Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya serta barisan Jemaah Menteri Kabinet Negeri Sabah.

Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Majlis Jamuan Teh Diraja merupakan antara acara rasmi yang diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong dan menjadi platform menghimpunkan pemimpin kerajaan negeri serta persekutuan bagi menzahirkan taat setia kepada institusi Yang di-Pertuan Agong.

Suasana majlis berlangsung dalam keadaan penuh harmoni dan meriah dengan kehadiran para tetamu kenamaan serta pemimpin pelbagai agensi kerajaan yang bersama-sama meraikan sambutan bersejarah itu.

Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong setiap tahun merupakan simbol penghormatan rakyat kepada institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi tunjang perpaduan, kestabilan dan kedaulatan negara.

RELATED ARTICLES
Utama

Arifin kekal terajui PMBS, tiga jawatan utama tidak dipertandingkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular