527 penerbangan tambahan diluluskan sempena Aidilfitri

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 37 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Putrajaya: Kementerian Pengangkutan (MOT) meluluskan 527 penerbangan tambahan sempena Aildilfitri tahun ini, membabitkan perkhidmatan penerbangan daripada enam syarikat iaitu Malaysia Airlines, Batik Air, AirAsia, Firefly, MASWings dan MYAirline.

Menerusi kenyataan di sini, hari ini, MOT memaklumkan langkah yang diambil bersama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) itu bertujuan menampung permintaan yang tinggi ketika musim perayaan melibatkan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

“Sejak awal bulan Mac, MOT dan MAVCOM telah mengambil langkah proaktif dan menggalakkan syarikat penerbangan untuk menawarkan harga penerbangan berpatutan.

“MAVCOM telah meluluskan semua permintaan kapasiti tambahan oleh syarikat penerbangan yang menawarkan tambang tetap ke destinasi-destinasi utama dalam Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Malaysia Airlines menawarkan 184 penerbangan tambahan, Batik Air (173), AirAsia (130), Firefly (18), MASwings (12) dan MYAirline (10).

Penerbangan tambahan itu membabitkan 118 penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Kota Kinabalu, penerbangan ke Tawau (70), penerbangan ke Sandakan (32), penerbangan ke Kuching (102), penerbangan ke Sibu (34), penerbangan ke Miri (20) dan penerbangan ke Bintulu (14).

Menurut MOT, MAVCOM turut meluluskan penerbangan tambahan lain untuk memastikan ketersediaan tempat duduk yang lebih tinggi bagi menangani peningkatan permintaan dan memastikan harga penerbangan berpatutan.

“Tiket tambang tetap tersebut telah dijual dengan pantas. Malah, tiket tambang biasa turut menyaksikan kadar pembelian tinggi dan membawa kepada peningkatan harga bagi tiket yang berbaki,” menurut MOT.

MOT memaklumkan pihaknya bersama MAVCOM turut melaksanakan langkah intervensi apabila kapasiti yang dtawarkan syarikat penerbangan tambang rendah tidak mencukupi dengan mengadakan perbincangan bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Menurut MOT, langkah itu membawa kejayaan apabila MAB bersetuju untuk meningkatkan kapasiti penerbangan iaitu 40 penerbangan menggunakan pesawat Airbus A330 bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

“Penambahan kapasiti ini telah membantu menurunkan harga tambang sebelum ini,” menurut MOT. MOT berkata ia merupakan tambahan kepada 5,617 penerbangan sedia ada yang telah dijadualkan untuk beroperasi dalam Semenanjung Malaysia, 2,149 penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak, serta 2,033 antara Semenanjung Malaysia dan Sabah. – BERNAMA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *