HomeUtamaSabah perlu agihan peruntukan pembangunan kesihatan lebih besar

Sabah perlu agihan peruntukan pembangunan kesihatan lebih besar

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, disini hari ini.

Hajiji diberi taklimat program dan projek pembangunan kesihatan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan di Sabah.

Dalam pada itu, Hajiji mahu Menteri Kesihatan memberi keutamaan kepada Sabah dari segi agihan peruntukan pembangunan dan menaiktaraf fasiliti kesihatan di Sabah.

Katanya, Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah hospital dan klinik kesihatan yang terbanyak di negara ini, dan kebanyakannya dalam keadaan usang dan daif.

“Justeru, Sabah amat memerlukan agihan peruntukan pembangunan yang saksama
dan lebih besar berbanding negeri-negeri lain, termasuk untuk pembinaan baharu dan
menaik taraf infrastruktur dan fasiliti kesihatan sedia ada di negeri ini”, tegasnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Norhayati Rusli dan
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Rose Nani Mudin.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular