HomeIsu tempatanLebih 200 penduduk hadiri Majlis Iftar KYS di Kudat

Lebih 200 penduduk hadiri Majlis Iftar KYS di Kudat

Read Time:48 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kudat : Seramai lebih 200 penduduk sekitar daerah ini menghadiri Majlis Iftar anjuran Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) melalui Zon Pantai Barat Utara di sini semalam.

Majlis yang diadakan bertempat di Masjid Ubudiah Pekan Sikuati itu turut dihadiri Penolong Pegawai Daerah Kudat, Sahar Unggat,Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Hanafiah Diman dan Timbalan Pengerusi Masjid Ubudiah, Joko Purwanto.

Penganjuran majlis itu turut mendapat sambutan yang menggalakkan dan penduduk turut memuji inisiatif KYS dalam penganjuran majlis Iftar di daerah tersebut.

Joko berkata, majlis itu merupakan wadah yang amat bermakna sekali kerana ia memberi peluang untuk penduduk dan warga KYS untuk memupuk semangat ikatan silaturrahim.

Pada majlis tersebut,KYS turut menyampaikan sumbangan kepada Masjid Ubudiah.

Kepentingan program Iftar ini mewujudkan peluang penting bagi KYS dalam mengukuhkan hubungannya dengan masyarakat setempat.

Dengan mendekati mereka yang memerlukan, KYS menunjukkan komitmen terhadap kebajikan rakyat.

Pada masa yang sama, majlis tersebut menyediakan platform bagi KYS melibatkan diri dengan masyarakat secara bersemuka. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan pemangkin kepada ekonomi masyarakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular