HomeUtamaPERKIS diseru terus tingkat iltizam, kerjasama dalam membantu umat Islam

PERKIS diseru terus tingkat iltizam, kerjasama dalam membantu umat Islam

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) diseru untuk terus meningkatkan iltizam, kerjasama dan nilai kebersamaan dengan penuh dedikasi.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia termasuklah merentasi fahaman parti kepartian, suku bangsa dan kedaerahan demi untuk membantu masyarakat Islam bukan saja di negeri malah di tempat lain.

“PERKIS juga diminta untuk mengatur program yang bermanfaat dan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif penubuhan PERKIS seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan PERKIS. 

“Sesuai dengan nilai-nilai yang ada dalam Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya (SMJ), saya berharap PERKIS mampu seiring mendepani segala isu berkaitan Islam khususnya dalam aspek perpaduan, ekonomi, kebajikan, maslahah dan persepsi negatif yang ditohmahkan terhadap agama serta umat Islam,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ihya Ramadan dan Penyerahan Kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin (TKP) kelolaan PERKIS di sini semalam.

Terdahulu teks ucapan beliau dibacakan  Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Hajiji berkata, pihaknya yakin bahawa segala amal kabajikan dan kerjasama semua pihak akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. 

“Marilah kita bersama-sama menanamkan semangat bersatu padu, bersatu hati dan bantu membantu sebagaimana dikehendaki dalam Islam agar kita saling tolong menolong dalam perkara-perkara yang membawa kebaikan dan ketakwaan,” katanya.

Pada  Majlis Ihya Ramadan itu, PERKIS turut meraikan  seramai 30 anak-anak yatim pada majlis petang semalam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular