HomeIsu tempatan243 pasangan pengantin di Tongod terima sumbangan ehsan

243 pasangan pengantin di Tongod terima sumbangan ehsan

Read Time:46 Second

TONGOD: Seramai 243 pasangan pengantin direkodkan menerima sumbangan eshan di daerah Tongod melibatkan perbelanjaan RM243 ribu sejak program itu diperkenalkan pada April 2018.

Bantuan raja sehari yang pertama kali berkahwin itu diperkenalkan menerusi manifesto peribadi Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah semasa kempen pilihanraya umum negeri ke-14 pada April 2018.

Menerusi bantuan eshan ini, setiap pasangan warga Tongod yang berkahwin menerima sumbangan RM1,000 untuk menampung perbelanjaan memulakan kehidupan baharu berumahtangga.

Semalam (9 April) Masiung dan isteri, Datin Grase E. Ebin menyampaikan sumbangan kepada 21 lagi pasangan pangantin dalam satu majlis di Kampung Alitang, Penangah dekat sini.

Pasangan pengantin berkenaan yang tiba di sebuah rumah rehat di kampung kelahiran Wakil Rakyat itu kebanyakanya mengenakan pakaian tradisi dan diraikan dalam satu majlis mengikut tradisi Orang Sungai.

Masiung yang terkenal dengan slogan “Tatap Kalaga” satu-satunya Wakil Rakyat di Sabah yang memperkenalkan bantuan kepada setiap pasangan raja sehari di kawasan beliau di Kuamut.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya