HomeUtamaAhli Majlis Daerah jadi perancang utama bangunkan gerak kerja cemerlang - Masiung

Ahli Majlis Daerah jadi perancang utama bangunkan gerak kerja cemerlang – Masiung

Read Time:51 Second

TONGOD: Menduduki kerusi Ahli Majlis Daerah bukanlah menjadi satu kebanggaan, tetapi mereka yang dilantik hendaklah mampu menghasilkan budaya kerja kelas pertama, kata Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah.

” Kita tidak mahu melihat barisan Ahli Majlis Daerah kali ini hanya sekadar memanaskan bangku mesyuarat, tapi perlu menjadi perancang utama membangunkan gerak kerja cemerlang, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis angkat sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Tongod 2023-2025 dan penyerahan tugas Pegawai Daerah baharu di Dewan Majlis Daerah di sini, kelmarin.

Masiung mahukan prestasi cemerlang Majlis Daerah yang lalu dapat dikekalkan dalam barisan ahli baharu kali ini.

Katanya, walaupun Majlis Daerah Tongod baru diwujudkan pada 2018 tetapi sehingga kini organisasi itu telah berjaya mengumpul dana melebihi RM3 juta.

Seramai 18 orang pemimpin masyarakat pelbagai latar belakang telah dilantik menduduki kerusi Majlis Daerah Tongod untuk tempoh dua tahun berakhir April 2025.

Sementara itu, Pegawai Daerah baharu, Nelson Domil Oluk, dijangka melapor diri bertugas pada Isnin ini. Beliau menggantikan, Mohd Fauzi Norbi yang dinaikan pangkat di Jabatan Ketua Menteri Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya