HomeUtamaKumpulan Sawit Kinabalu bayar zakat RM 6 juta

Kumpulan Sawit Kinabalu bayar zakat RM 6 juta

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Kumpulan Sawit Kinabalu menunaikan kewajiban dengan membayar zakat perniagaan berjumlah RM6,253,196.00 kepada Tabung Zakat, Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS). Jumlah ini merupakan hasil kutipan bagi tahun berakhir 2022.

Majlis disempurnakan dengan penyampaian zakat oleh Datuk Bacho Jansie selaku Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu kepada Datuk Seri Yahya Hussin selaku Yang di-Pertua, Majlis Ugama Islam Sabah disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu.

Sehingga kini, Kumpulan Sawit Kinabalu telah membayar zakat berjumlah RM17,786,849.00 kepada MUIS melalui hasil pendapatan dari tahun 2020 sehingga 2022.

Selain itu, Sawit Kinabalu juga turut membuat sumbangan berjumlah RM100,000.00 kepada Yayasan Nur Juhar dipengerusikan oleh Briged Jeneral Datuk Haji Al Hambra Tun Juhar bagi membantu golongan asnaf di Sabah.

“Sawit Kinabalu menitikberatkan aspek tanggungjawab dalam menyumbang kembali kepada masyarakat dan akan terus menjalankan kewajiban membayar zakat mengikut hasil pendapatan syarikat tahunan yang diharap akan sentiasa menggalakkan.” kata Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu dalam kenyataannya hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 10,000 pengunjung meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya