HomeIsu tempatan5 sekeluarga termasuk 3 kanak-kanak terlibat dalam insiden bot karam di Sepulut

5 sekeluarga termasuk 3 kanak-kanak terlibat dalam insiden bot karam di Sepulut

Read Time:1 Minute, 42 Second

KENINGAU: Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak dilaporkan terjatuh ke dalam sungai selepas bot yang dinaiki karam dalam satu kejadian di Sungai Penawan Kg Sin-Singon, Sepulut dekat sini pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook PBT Faisal Ahmad berkata, hari ini merupakan hari ke-2 operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sejak insiden bot karam yang berlaku di Sungai Penawan Kg Sin-Singon, Sepulut semalam. (11 Apri)

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 1.14 petang semalam.

“Maklumat awal diterima terdapat sebuah bot karam di sungai Penawan Kg Sin-Singon Sepulut melibatkan lima orang mangsa, dua orang mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala tiga orang mangsa belum dijumpai.
Kelima-lima mangsa dipercayai adalah ahli keluarga yang dari kebun, ingin balik ke rumah, namun bot mereka tiba-tiba karam disebabkan arus sungai sangat deras.

“Pasukan Bomba bertindak melancarkan operasi SAR dengan kaedah Surface Searching di sekitar kawasan bot karam. Seorang mangsa perempuan dikenali Lerina Rody, 26, telah dijumpai pada jam 3.15 petang pada hari yang sama insiden berlaku oleh orang kampung namun telah meninggal dunia dan mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, Operasi SAR hari ke-2 (12 April) dimulakan pada jam 8:42 pagi tadi disepanjang sungai dengan anggaran pencarian sejauh tiga kilometer.

Bagaimanapun, maklumat terkini yang diperolehi dari bilik kawalan BBP Sook, terdapat seorang lelaki iaitu kumpulan orang kampung yang turut serta dalam operasi SAR telah terjatuh ke dalam sungai dan masih hilang.

“Kejadian berlaku pada jam 4 petang tadi semasa mangsa Lasimin Mantun, 38, turut serta dalam operasi SAR dijalankan melibatkan semua agensi dan orang kampung. Operasi SAR ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan akan disambung pada esok hari (13 April),” katanya.

Dua mangsa yang terselamat dari insiden bot karam iaitu Joffrinos Palandok, 36, dan anak lelakinya Jilan berusia lima tahun, manakala isterinya Lerina dijumpai telah meninggal dunia dan dua orang anak mereka yang masih hilang iaitu seorang lelaki dikenali sebagai Joffinoz, 9, dan seorang perempuan Carbrineleyvonne, 7.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular