HomeSukanSokongan peminat diperlukan bantu Sabah FC bangkit catat kemenangan

Sokongan peminat diperlukan bantu Sabah FC bangkit catat kemenangan

Read Time:1 Minute, 58 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Sabah FC perlu memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri untuk kembali bangkit selepas hanya berjaya mengutip satu mata daripada tiga perlawanan Liga Super di tempat lawan baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, sokongan para penyokong juga amat diperlukan bagi menyuntik semangat para pemain untuk mencatat kemenangan pada aksi perlawanan Liga Super termasuk saingan Piala FA 2023 menentang Kelantan United FC di Stadium Likas Sabtu ini.

“Sudah tentu Sabah FC amat memerlukan sokongan padu daripada seluruh lapisan masyarakat serta penyokong di negeri ini untuk para pemain kita bangkit mencatat kemenangan pada perlawanan pada Sabtu ini.

“Kita perlu berbangga dengan Sabah FC, Kita sentiasa bersama-sama mereka sama ada semasa menang atau semasa kita diuji dengan kekalahan seperti yang kita lalui dalam dua perlawanan Liga Super di tempat lawan ketika menentang JDT dan Kuala Lumpur City FC sebelum seri ketika bertemu Negeri Sembilan FC di Paroi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkasnya ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Sabah FC Bersama Anak Yatim 2023 yang diadakan di Padang Latihan, Persatuan Bolasepak Negeri Sabah (SAFA) di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri bertanggungjawab menjaga hal ehwal SAFA dan Sabah FC berkata, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu memulakan kempen Liga Super dengan tiga kemenangan berturut-turut dan selepas itu mengalami kekalahan yang pertama dan kedua serta seri dalam tiga perlawanan Liga Super di tempat lawan baru-baru ini.

“Saya berharap agar emosi para pemain tidak terganggu dan mahu mereka mematuhi segala strategi dan taktikal yang diarahkan oleh pihak pengurusan Sabah FC  dan kita doakan Sabah FC boleh bangkit semula pada perlawanan  Piala FA ini,”katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey turut berharap agar para penyokong dapat terus memberi sokongan kepada Sabah FC meskipun berada pada bulan Ramadan termasuk perlawanan Piala FA Sabtu ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Marzuki Nasir berkata, majlis berbuka puasa yang diadakan secara santai itu merupakan idea dan cadangan daripada para pemain yang mahukan kelainan agar lebih dekat dengan anak-anak yatim.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Marzuki Nasir

Shahelmey turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim daripada Rumah Amal Kasih dan Rumah Anak Yatim As-Sakinah.

Dalam majlis itu barisan pengurusan dan para pemain Sabah FC turut menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah bersama-sama Shahelmey. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya