HomeUtamaSabah peruntuk RM16.2 juta laksana program belia berkualiti

Sabah peruntuk RM16.2 juta laksana program belia berkualiti

Read Time:1 Minute, 19 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Terengganu: Kerajaan Sabah memperuntukkan sejumlah RM16.2 juta menerusi Belanjawan 2023 bagi melaksanakan program-program belia khususnya dalam melahirkan kepimpinan belia yang berkualiti.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, golongan belia termasuk mahasiswa dan mahasiswi digesa untuk merebut peluang yang ada melalui pelbagai inisiatif yang disediakan Kerajaan.

Katanya, para golongan belia juga diingatkan untuk menanam azam berkhidmat kembali menabur bakti kepada masyarakat kerana ia amat diperlukan bagi membangunkan negeri Sabah.

“Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) dalam hala tuju pembangunan pendidikan secara berterusan menawarkan pelbagai jenis tajaan seperti Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah, Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar, Biasiswa IPTA, Biasiswa IPTS, Dermasiswa dan Pinjaman Pengajian Tinggi.

“Kerajaan Negeri juga akan meneruskan bantuan di bawah inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ). Pada tahun lalu, Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM45 juta dalam pelaksanaan 10 inisiatif bantuan.

“Ia termasuklah bantuan BUDI untuk pendaftaran pelajar ke IPT, bantuan BAIK untuk pemberian laptop dan bantuan kepada SEMESTA, iaitu bantuan kewangan kepada persatuan/kelab mahasiswa Sabah yang berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bersama Ketua Menteri Sabah di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu di sini semalam.

Terdahulu, teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri Sabah mendengar dan amat prihatin akan permasalahan yang dihadapi pelajar dan berusaha untuk membantu.

“Di samping dapat merapatkan hubungan pemimpin dengan pelajar, melalui program ini juga diharapkan pelajar dapat merapatkan hubungan silaturahim dan berkongsi maklumat dengan pelajar dari berlainan IPT,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya