HomeUtama70 peratus anggota Maritim Negeri Sabah bertugas di Hari Raya

70 peratus anggota Maritim Negeri Sabah bertugas di Hari Raya

Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: 70 peratus anggota Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan bertugas di Hari Raya Aidilfitri demi menjaga keselamatan perairan negara.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, anggota Maritim Malaysia tetap bertugas tanpa mengira masa termasuk pada Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, operasi menjaga keselamatan perairan negara khususnya perairan negeri Sabah turut dipertingkatkan menjelang hari raya tidak lama lagi.

“Maritim Negeri Sabah turut mengaktifkan Operasi Khas Pagar Laut yang telah dilancarkan pada 8 April 2023 yang lepas. Op Khas Pagar Laut ini telah dilaksanakan
pada 9 April sehingga 30 April ini.

“Op Pagar ini dilaksanakan adalah bertujuan mengekang dan memerangi aktiviti penyeludupan barang-barang kawalan, kemasukan PATI, dan pergerakan bot yang
membawa keluar barang dan penumpang melalui jeti yang tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Rosli juga memberitahu bahawa kesiapsiagaan aset-aset Maritim Malaysia
berada dala tahap yang optimum siap untuk digerak.

“Sebanyak tiga buah kapal dan 16 buah bot peronda maritim beroperasi setiap hari, jumlah aset yang beroperasi akan bertambah menjelang musim perayaan.

“Maritim Negeri Sabah tetap bertugas dan beroperasi seperti hari-hari biasa, musim perayaan ini juga tidak menjejaskan tugas operasi Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan,” ujarnya.

Tambah beliau, pengusaha feri dan bot penumpang dinasihatkan untuk tidak mengabaikan keselamatan penumpang serta tingkatkan keselamatan dan tidak hanya mementingkan keuntungan.

“Pastikan feri dan bot disediakan jaket keselamatan untuk penumpang serta peralatan keselamatan yang lain turut di sediakan di atas vesel,” tegasnya.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengagihkan kuih raya kepada anggota maritim yang bertugas di hari raya nanti.

Bingkisan kuih raya ini telah diagihkan
kepada Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Pengarah Zon Maritim Labuan, Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Pengarah SWASLA Sabah semalam, di Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan.

Dalam pada itu, komuniti maritim juga dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan laut semasa semasa melakukan aktiviti di laut agar tidak berlaku insiden yang tidak diingini.

Mohd Rosli menyeru kepada semua komuniti maritim untuk menjadi mata dan telinga kepada Maritim Malaysia untuk melaporkan sebarang kegiatan jenayah dan kecemasan di laut melalui talian Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah yang beroperasi 24 jam di talian 088-387774 dan MERS 999.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular