HomeUtamaSegera siapkan Lebuhraya Pan Borneo, ambil berat titah Agong

Segera siapkan Lebuhraya Pan Borneo, ambil berat titah Agong

Read Time:2 Minute, 7 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kontraktor pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) khususnya yang melibatkan laluan Beaufort ke Sipitang diingatkan agar mengambil langkah lebih sistematik dalam memastikan jalan berkenaan dapat dibina mengikut jangka masa yang ditetapkan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah berkata, para kontraktor terlibat juga diingatkan agar tidak memperlekehkan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sebelum ini menzahirkan impian untuk memandu menelusuri LPB di Sabah dan Sarawak.

Katanya, perkara ini juga merupakan suatu yang harus diambil kira oleh pihak kontraktor terlibat agar turut menyelenggara selain memantau pembinaan LPB tersebut.

“Dalam perbahasan di Parlimen baru-baru ini, saya telah meminta agar para kontraktor Pan Borneo khususnya melibatkan laluan Beaufort ke Sipitang agar mengambil langkah lebih sistematik dalam memastikan pembinaan dilaksanakan mengikut jangka masa ditetapkan.

“Dalam titah diraja Yang di-Pertuan Agong juga telah menzahirkan mahu memandu sendiri jalan Pan Borneo Sabah dan Sarawak, ini suatu yang perlu diambil kira para kontraktor selain tidak memperlekehkan titah Agong.

“Sebab itu kita minta pelaksanaan projek ini dipercepatkan sebagaimana dibuat di Sarawak yang sudah selesai, akibat dari kelewatan banyak keluhan rakyat yang telah kita dengari,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Matbali berkata, ia termasuklah tayar besar, cermin pecah, kenderaan rosak selain turut berlaku beberapa kemalangan jalan raya.

“Selain itu kita juga tidak tahu mungkin ada kes terpencil yang banyak berlaku. Ini juga dilihat menjadi satu rungutan yang cukup membawa kesan yang mendalam kerana rakyat dan pengguna jalan raya.

“Meskipun masih dalam pembinaan, para kontraktor juga diingatkan agar melakukan penyelenggaraan dan tidak membiarkan jalan berkenaan rosak selain perlu melihat dan memantau jalan pada setiap hari jika perlu.

“Ini bagi memastikan tidak timbul permasalahan kepada pengguna jalan raya teutama sekali pada waktu hujan dan jika kita lihat pada masa sekarang, jalan berkenaan begitu amat membimbangkan selain menimbulkan kerisauan dikalangan pengguna laluan Beaufort ke Sipitang pada setiap hari,” katanya.

Dalam pada itu, Matbali berkata, laluan pembinaan LPB Beaufort ke Sipitang itu juga turut digunakan oleh pengguna dari Sarawak dan juga negara Brunei Darussalam yang mahu berkunjung ke ibu negeri.

“Kita sedia maklum, jalan ini juga digunakan oleh pengunjung dari Sarawak dan Brunei yang berkunjung ke Kota Kinabalu.  Sudah tentu ini turut memberi kesan kepada mereka selain menimbulkan persepsi yang kurang baik.

“Jadi kita minta ini diambil kira oleh pihak kontraktor supaya tidak meminggirkan tentang teguran yang dialami pelancong dan pengguna jalan raya di kawasan terlibat,” katanya.

Pelaksanaan projek Fasa 1 LPB di Sabah dan Sarawak yang dimulakan pada 2015  dijangka siap sepenuhnya pada 2024. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular