HomeUtamaExco kesihatan negeri bertanggungjawab pastikan peruntukan KKM diguna secara optimum - Dr...

Exco kesihatan negeri bertanggungjawab pastikan peruntukan KKM diguna secara optimum – Dr Zaliha

Read Time:1 Minute, 16 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur : Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengingatkan bahawa setiap kerajaan negeri adalah bertanggungjawab untuk memastikan peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Belanjawan 2023 digunakan secara optimum dalam memenuhi keperluan rakyat.

“Di bawah Belanjawan 2023, KKM merupakan kementerian yang menerima peningkatan peruntukan kedua terbesar selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan awam.

“Saya ingin menegaskan bahawa peruntukan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Perpaduan dilakukan setelah membuat penelitian terperinci terhadap keperluan dan kepentingan rakyat di setiap negeri selaras dengan konsep Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kelmarin, Dr Zaliha mempengerusikan mesyuarat pertama bersama Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Kesihatan setiap negeri di ibu pejabat KKM.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas berkata KKM menerima peruntukan kedua terbesar dengan peningkatan sebanyak 12 peratus kepada RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion pada tahun lalu.

Dr Zaliha berkata mesyuarat berkenaan turut membentangkan isu-isu penting mengenai Kertas Putih Kesihatan, Perbelanjaan dan Projek Pembangunan KKM, dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Oleh itu, beliau menggesa setiap Exco kesihatan negeri agar dapat memainkan peranan aktif dalam memastikan pembentangan Kertas Putih Kesihatan dapat direalisasikan.

“Saya juga berharap agar mesyuarat ini akan dijadikan platform yang menjadi pemangkin untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan bagi mewujudkan masyarakat Malaysia MADANI yang sihat sejahtera,” katanya.

Beliau berkata penganjuran mesyuarat itu turut membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di setiap negeri, selain merupakan satu platform bagi membentangkan maklumat khusus untuk perbincangan dan keputusan ahli mesyuarat. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya