HomeUtamaJKSN Sabah kuatkuasa bayaran semua kes syariah mulai 2 Mei

JKSN Sabah kuatkuasa bayaran semua kes syariah mulai 2 Mei

Read Time:1 Minute, 25 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) Sabah akan menguatkuasakan kos pemfailan dokumen bagi semua kes baharu mulai 2 Mei ini.

Ketua Hakim Syarie, Datuk Ahmad Din OKK Othman berkata, bayaran fi, kos dan elaun akan dikenakan kepada pelanggan atau peguam syarie bagi kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah Negeri Sabah mengikut jenis kes yang telah ditetapkan. 

“Pelaksanaan pembayaran fi, kos dan elaun ini adalah berdasarkan Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Fi) 2021 dan Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Kod dan Elaun) 2021 yang diwartakan pada 24 Ogos 2021.

“Pada peringkat permulaan, tatacara pembayaran adalah secara tunai atau menggunakan kaedah Financial Process Exchange (FPX) di kaunter pembayaran di semua Mahkamah Syariah Daerah (MSD),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sejurus Majlis Penerimaan Masuk Peguam Syarie Negeri Sabah di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah, di sini semalam.

Ahmad Din berkata, JKSN sebelum ini tidak mengenakan sebarang bayaran bagi pendaftaran kes dan pemfailan dokumen di Mahkamah Syariah.

Katanya, setakat tahun ini, seramai 183 orang peguam syarie berdaftar dan berkhidmat sebagai Peguam Syarie Negeri Sabah.

“Daripada jumlah tersebut, 74 orang telah selesai membuat pematuhan mengikut Kaedah-kaedah Peguam Syarie Negeri Sabah 2021 manakala 109 orang masih belum membuat pematuhan tersebut.

“Saya menyarankan kepada peguam syarie yang masih berminat untuk berguam di negeri ini supaya menyegerakan urusan tersebut sebelum dikenakan sebarang tindakan,” katanya.

Pada majlis tersebut, Nur Shereen Ismail diisytiharkan sebagai peguam syarie pertama dilantik dalam prosiding mahkamah selepas berjaya melalui dua proses temuduga dan permohonan.

Hadir sama, Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusuf,  Timbalan Peguam Besar Negeri Sabah, Dayangku Fazidah Hatun Pengiran Bagul serta Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya