HomeUtamaEwon serah salinan Laporan Penuh Kejadian Double Six kepada keluarga mangsa

Ewon serah salinan Laporan Penuh Kejadian Double Six kepada keluarga mangsa

Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick menyampaikan secara rasmi salinan Laporan Penuh Kejadian Double Six kepada keluarga mangsa mendiang Datuk Peter J. Mojuntin di Kampung Hungab di sini hari ini.

Menerima laporan tersebut diwakili anak mendiang iaitu Datuk Donald Peter Mojuntin.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, selepas hampir 50 tahun persoalan rakyat Sabah terhadap peristiwa malang Double Six pada tahun 1976 itu, kerajaan pada pimpinan pada hari ini yang amat berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat keputusan di kabinet untuk menurun taraf supaya laporan ini didedahkan kepada ahli-ahli keluarga yang terlibat dan juga untuk bacaan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya berbangga dapat memainkan peranan ini meyakinkan kerajaan supaya didedahkan laporan ini bersama-sama rakan saya Datuk Armizan Mohd Ali yang telah mendapatkan sokongan dan juga persetujuan Perdana Menteri dan kabinet untuk didedahkan laporan itu.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana bersetuju dengan cadangan saya dengan Armizan mengenai laporan ini menjadi pengetahuan umum,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman keluarga mendiang Peter hari ini.

“Bagi pihak pimpinan kami menyampaikan ucapan simpati kita kepada ahli keluarga yang terlibat dalam nahas ini. Kita kehilangan pemimpin kita yang besar di Sabah ini,” kata Ewon selepas menyampaikan laporan tersebut yang turut dihadiri isteri mendiang Peter iaitu Datin Nancy Mary Mobijohn dan anak keduanya Charles Peter Mojuntin.

Dalam pada itu Ewon turut memberitahu setakat ini kabinet tidak menerima apa-apa permohonan secara rasmi dari pihak keluarga yang terlibat.

“Namun saya telah membaca kenyataan dari pihak keluarga mendiang Peter Mojuntin mencadangkan supaya siasatan seterusnya dijalankan lebih lanjut.

“Dan mengenai permintaan pihak ahli keluarga supaya mendedahkan laporan berasingan mengenai nahas Double Six dari kerajaan Australia, jadi adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membawa perkara itu ke perhatian Perdana Menteri dan kabinet.

“Mengenai laporan yang baru didedahkan, saya percaya ia akan memberikan jawapan berlainan daripada pihak ahli keluarga yang terlibat, jadi ini saya tidak dapat mengulas lebih lanjut, cukuplah saya mengatakan dalam peranan saya dapat meyakinkan kerajaan untuk mendedahkan laporan nahas Double Six kepada umum,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular