HomeUtamaMedia berperanan pupuk semangat perpaduan, keamanaan dalam kalangan rakyat

Media berperanan pupuk semangat perpaduan, keamanaan dalam kalangan rakyat

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Media massa khususnya di negeri ini berperanan penting dalam usaha bagi memupuk semangat perpaduan dan mengekalkan keamanan yang berterusan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pengamal media juga diharap dapat memberi kerjasama dengan menyiarkan laporan yang positif, sahih dan seimbang serta menjaga sensitiviti agama, bangsa, kaum serta ekonomi.

Katanya, kepentingan pihak media dalam pembangunan sosio ekonomi dan kebudayaan juga tidak dapat dinafikan dan ianya amat dihargai kerajaan negeri.

“Sehubungan itu, saya mahu agar pengamal media di Sabah akan terus membantu kerajaan negeri dalam mempromosi agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang kini memasuki tahun ketiga pelaksanaannya.

“Maklumat berkaitan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) perlu diketahui oleh rakyat di negeri ini sekaligus membantu kerajaan menyampaikan agenda yang dirancang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Media bersama Ketua Menteri di sini semalam.

Hajiji berkata, media juga sentiasa bersedia untuk mengetengahkan isu-isu yang memberi kesan kepada negeri dan rakyat.

Katanya, Kerajaan  negeri juga menghargai peranan media dalam hal tersebut dan percaya media akan terus mendengar denyut nadi rakyat  selain mengetengahkan dan melaporkan isu-isu berkenaan untuk diambil tindakan.

“Kerajaan negeri berusaha untuk melakukan yang terbaik. Kami di pihak Kerajaan sentiasa menilai semula prestasi jentera kerajaan di semua peringkat supaya prestasi berada pada tahap optimum.

“Sebagai contoh, saya tidak akan teragak-agak untuk merombak mana-mana agensi atau GLC yang tidak berprestasi.

“Malah, kami sedang dalam proses untuk melihat beberapa entiti ini untuk penstrukturan semula. Ini adalah perlu bagi mengelakkan sebarang ketirisan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular