HomeUtamaTiga organisasi terima sumbangan Kumpulan Sawit Kinabalu

Tiga organisasi terima sumbangan Kumpulan Sawit Kinabalu

Read Time:1 Minute, 15 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu:  Kumpulan Sawit Kinabalu baru-baru ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM52,200 kepada tiga organisasi sempena Ramadan.

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Bacho Jansie dan turut disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri Sabah di sini.

Antara yang menerima sumbangan itu adalah Masjid Jamek Assalam Kampung Benoni Papar berjumlah RM17,200, Persatuan Orang Kerdil Sabah (PROKESA) RM30,000 dan Persatuan Kadazan Dusun Murut Muslim seMalaysia dengan RM5,000.

Turut disampaikan adalah pembayaran dividen interim ketiga tahun 2022 kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM11.16 juta sekali gus menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM2.9 juta bagi kutipan tahun 2022.

Pembayaran dividen diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong yang juga Ahli Lembaga Pengarah.

Terdahulu, ketika ketika ditemui, Bacho berkata, pihaknya sebelum ini telah menyerahkan RM6.2 juta zakat perniagaan kepada Majlis Ugama Islam (MUIS) di Istana Negeri, Selasa lalu.

Katanya, tahun ini merupakan tahun ketiga bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan membayar zakat perniagaan kepada MUIS selepas mengutip keuntungan syarikat yang melebihi RM200 juta bagi tahun lalu.

Berdasarkan prestasi itu, Sawit Kinabalu menyantuni 3,000 pekerja ladangnya menerusi pemberian imbuhan RM300 yang diharap dapat membantu menyerikan lagi sambutan Aidilfitri.

Selain itu, Bacho berkata, pihaknya turut menyumbang sebanyak RM240,000 bagi menyantuni golongan yang memerlukan di beberapa daerah operasi mereka seperti Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Pantai Barat sejak minggu kedua Ramadan.

RELATED ARTICLES
Utama

2,300 lepasan universiti disasar sertai Program PROTEGE Projek Lebuh Raya Pan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya