HomeUtamaKPKT, JBPM lancar Perkhidmatan Khas Ambulan Udara yang pertama di Malaysia

KPKT, JBPM lancar Perkhidmatan Khas Ambulan Udara yang pertama di Malaysia

Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh Yusof Mohamad

SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melancarkan Perkhidmatan Khas Ambulan Udara (EMARS) yang pertama di Malaysia di sini pada Sabtu.

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Khas Ambulan Udara (EMARS).

Menteri KPKT, Nga Kor Ming Menteri telah menyempurnakan Majlis Pelancaran EMARS dan Kempen Keselamatan Musim
Perayaan Tahun 2023 bertempat di perkarangan AEON Mall Shah Alam.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa.

Kor Ming berkata, ini pertama kali dalam sejarah di Malaysia KPKT bersama-sama JBPM melalui Ikhtiar Bitara MADANI akan menambah kemudahan perkhidmatan ambulan udara atau EMARS bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli yang sukar diakses
menerusi jalan darat.

“Kolaborasi multilateral bersama-sama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Asli (JAKOA) dalam merealisasikan perkhidmatan EMARS ini akan memberi impak tinggi kepada mutu perkhidmatan sedia ada, malah menjimatkan perbelanjaan negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun,” katanya.

Menurut Kor Ming, selain digunakan untuk membawa doktor, pegawai, peralatan dan bekalan perubatan dengan menggunakan pesawat sedia ada yang diubahsuai, EMARS juga menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat, cekap dan efektif bagi operasi pemindahan dan penyelamatan mangsa yang memerlukan rawatan perubatan dengan kadar segera termasuklah penyelamatan yang melibatkan kemalangan di lebuhraya.

Kor Ming berkata, buat masa ini perkhidmatan EMARS meliputi di Semenanjung dahulu namun akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak sekiranya mempunyai peruntukan lebih.

“Jika kewangan tambah baik dapat peroleh lagi helikopter supaya perkhidmatan itu dapat digunakan seluruh negara,” ujarnya.

Tambah beliau, setakat ini kita ada enam juruterbang sentiasa bersiap sedia (menyelamat) dan harap dapat perluaskan pasukan ini pada tahun hadapan.

Sementara itu, menyentuh mengenai Kempen Keselamatan Musim Perayaan Tahun 2023 yang dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sempena perayaan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, Kor Ming menegaskan JBPM sentiasa komited dalam mempertingkatkan kesedaran awam kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda.

“Usaha melahirkan masyarakat yang cakna akan keselamatan bukan sahaja dapat meminimumkan kehilangan nyawa dan harta benda, malah ia juga memberi impak kepada penurunan kepada nilai kerugian sosio-ekonomi yang dialami negara.

“Justeru, hanya 20 peratus daripada keseluruhan keanggotaan bomba dari seluruh negara mendapat cuti raya, manakala 80 peratus anggota lain bergilir-gilir bertugas mengikut syif di 334 buah balai bomba seluruh Malaysia,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dipelawa meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan 2024 esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya