HomeIsu tempatanPPM Luyang berkongsi kegembiraan di bulan Ramadan

PPM Luyang berkongsi kegembiraan di bulan Ramadan

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Di penghujung bulan Ramadan ini, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Luyang, Gee Tien Siong, membuat kunjungan hormat ke dua entiti yang terletak dalam kawasan itu pada Jumaat. (14 April)

Gee dan pasukannya melawat Balai Polis Luyang dan Masjid Nurul Hikmah, Jalan Khidmat dekat sini, untuk menyampaikan ucapan dan sumbangan Ramadan kepada pegawai dan anggota beragama Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Semasa lawatan ke Balai Polis Luyang, Pegawai bertugas S/Inspektor Mohd Rashidi Nawawi, memberi taklimat kepada Gee mengenai langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh balai sempena cuti perayaan Hari Raya ini.

Gee menggesa penduduk supaya memaklumkan kepada balai melalui aplikasi mudah alih Volunteer Smartphone Patrol (VSP), jika mereka berada jauh dari rumah atau balik kampung, supaya pasukan polis dapat meningkatkan kekerapan rondaan secara berkesan untuk keselamatan.

“Penduduk Luyang boleh menghubungi talian hotline balai polis 088-221191 atau 088-253470 jika mereka memerlukan sebarang bantuan,” kata Gee.

Sementara itu, Imam Masjid Nurul Hikmah mengucapkan terima kasih kepada Unit PPM Luyang kerana sudi melawat dan berharap kedua-dua entiti dapat mengekalkan hubungan dan kerjasama yang baik.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya