HomeUtama21 jenis barangan disenarai di bawah SHMMP Aidilfitri di Sabah

21 jenis barangan disenarai di bawah SHMMP Aidilfitri di Sabah

Read Time:1 Minute, 52 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Putatan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menyenaraikan 21 jenis barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena Aidilfitri pada tahun ini.

Pengarah Pejabat KPDN Sabah Georgie Abas berkata, skim itu akan mula berkuat kuasa dari 15 April hingga 30 April ini.

Katanya, tempoh pelaksanaannya adalah selama 16 hari iaitu tujuh hari sebelum perayaan, dua hari semasa perayaan dan tujuh hari selepas perayaan.

“Pada masa sama, ayam dan telur juga sedang dikawal harganya di bawah pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam (PHMAT).

“Skim ini dikuat kuasakan sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan sepanjang musim perayaan Hari Raya Puasa serta memastikan keberadaan bekalannya di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas melancarkan SHMMP Hari Raya Puasa 2023 peringkat negeri Sabah di sini semalam.

Georgie berkata, pelaksanaan skim ini juga sebahagian dari usaha prihatin kerajaan untuk menstabilkan harga ketika permintaan dijangka meningkat bagi membolehkan rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan budaya menikmati skim ini dalam keadaan ceria dan harmoni.

Antara barangan yang tersenarai dalam SHMMP Hari Raya Puasa ialah Daging Kerbau Import (India); Tomato; Cili Merah (Kulai & Minyak); Kubis Bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk Kubis Beijing); Kacang Panjang; Sawi Hijau; Timun; Bawang Besar Merah Import; Bawang Besar Kuning ( Holland) dan Bawang Putih (China).

Selain itu, turut disenaraikan Bawang Kecil Merah India (Ros); Bawang Kecil Merah India; Ubi Kentang Import (China); Cili Kering Kerinting; Kacang Tanah; Halia Tua Import; Kelapa Biji (Borong sahaja); Kelapa Parut (Runcit Sahaja);Ikan Kembung Termasuk Ikan Mabung (berat antara lapan ekor hingga 12 ekor setiap kilogram); Ikan Selayang (berat antara lapan ekor hingga 12 ekor setiap kilogram) dan Ikan Demudok atau Sagai atau Cermin atau Cupak (berat antara tiga ekor hingga 5 ekor setiap kilogram).

Bagi pelaksanaan PHMAT pula adalah Ayam Hidup; Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya); Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal); Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji); Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) dan Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular