HomeUtama30 sekolah rendah, menengah di Sabah terima peruntukan naiktaraf makmal Sains

30 sekolah rendah, menengah di Sabah terima peruntukan naiktaraf makmal Sains

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 30 buah sekolah terpilih melibatkan sekolah menengah dan sekolah rendah di Sabah akan menerima peruntukkan sebanyak RM600,000 pada tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, peruntukkan yang disalurkan kementeriannya itu adalah bagi membantu usaha menaiktaraf makmal sains yang ada di sekolah masing-masing.

Katanya, setiap sekolah akan menerima peruntukan sebanyak RM20,000 sekaligus akan dapat menarik minat para pelajar kepada subjek Sains.

“Setiap sekolah akan menerima RM20,000 pada tahun ini dan ini baru sebahagian sahaja. Tahun ini kita ada 30 buah sekolah untuk kita berikan bantuan.

“Bantuan ini adalah untuk mengembangkan lagi subjek Sains khususnya dalam menaiktaraf makmal Sains di sekolah terpilih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ihya Ramadan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah di Wisma Bandaraya di sini semalam.

Arifin turut berharap agar usaha bagi menarik minat anak-anak kepafa Sains dan teknologi mampu mencapai matlamat dan sasaran yang ditetapkan kementeriannya.

“Saya berharap usaha dan objektif kita untuk mendekatkan anak-anak kita untuk meminati Sains dan Teknologi ini akan dapat mencapai matlamatnya.

“Alhamdulilah, kita juga sentiasa memantau sejauh mana minat dan usaha kita untuk lebih ramai anak-anak kita mencebur diri dalam subjek ini, mudah-mudahan peratusnya akan bertambah,”katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Arifin turut menyaksikan penyerahan sumbangan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kepada KSTI, sumbangan kepada sekolah-sekolah bagi tujuan naiktarf makmal sains dan turut menyerahkan sumbangan kepada Pelajar Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular