HomeUtamaChristina kongsi rezeki, sumbang 150 bakul makanan kepada keluarga B40

Christina kongsi rezeki, sumbang 150 bakul makanan kepada keluarga B40

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Christina Liew berkongsi kegembiraan dengan menyumbangkan 150 bakul makanan untuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 di Kampung Sabang Baru Numbak, Sepanggar pada Ahad.

Christina (kiri) berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama penduduk semasa Majlis Penyerahan Bakul Makanan untuk keluarga B40 di Kampung Sabang Baru Numbak di sini pada Ahad. – Foto ihsan PKR Sabah

Dengan sumbangan itu, Christina berharap dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka yang memerlukan sempena menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba beberapa hari lagi.

“Saya berharap sumbangan saya ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang memerlukan ketika mereka membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menasihatkan masyarakat supaya berjimat cermat dalam perbelanjaan bagi mengelak pembaziran.

Sementara itu, Ketua Protem PKR Kampung Sabang, Rano Buisay mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi PH atas keprihatinannya terhadap kesejahteraan rakyat.

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular