HomeIsu tempatanLelaki maut, kenderaan terjunam ke dalam lubang pembentungan dalam pembinaan

Lelaki maut, kenderaan terjunam ke dalam lubang pembentungan dalam pembinaan

Read Time:1 Minute, 1 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam lubang pembentungan yang sedang dalam pembinaan, di bahu jalan di Jalan Lintas Utara Batu 3 di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Fuad Abdul Malek berkata, terdapat satu kemalangan maut melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva , terbabas sendiri di Jalan Lintas Utara Batu 3 Sandakan pada jam 7.52 pagi tadi (18 April).

Katanya, hasil siasatan awal Polis, sebelum kemalangan berlaku kenderaan terbabit kemalangan, dipandu lelaki berumur 52 tahun dari batu 4 menghala ke pusat bandar Sandakan .

“Tiba dilokasi kejadian, ketika memandu di lorong kiri, kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke kiri dan merempuh beberapa plastik dan konkrit halangan yang disediakan pihak kontraktor pembinaan lalu terjunam ke dalam lubang pembentungan yang sedang dalam pembinaan, di bahu jalan.

“Impak daripada kemalangan ini, pemandu meninggal di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Abdul Fuad, siasatan kes kemalangan diklasifikasikan dibawah Sek. 41 (1) / 85 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Abdul Fuad turut menasihatkan para pengguna jalanraya agar lebih berhati-hati dan peka pada tanda atau isyarat kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan, bagi mengelak berlakunya kemalangan terutamanya di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular