HomeUtamaWanita ditemui mati dipercayai di bunuh suami

Wanita ditemui mati dipercayai di bunuh suami

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita ditemui mati dengan kesan lebam di leher dan luka di dahinya dipercayai dibunuh oleh suaminya dalam kejadian di sebuah bilik sewa, di tingkat satu sebuah blok kedai, di Jalan Pantai, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an dipercayai dibunuh oleh suaminya berikutan terdapat kesan lebam pada lehernya, dipercayai dicekik, selain kesan luka pada dahinya.

““Kita percaya kes ini lebih kepada konflik rumah tangga antara mangsa dan suaminya kerana sebelum kejadian, jiran mangsa telah terdengar pertengkaran antara kedua-dua mereka.

“Kira-kira jam 5.30 pagi tadi, jiran mangsa menemui pasangan terbabit dalam keadaan terbaring dan seterusnya dia (jiran) memaklumkan perkara itu kepada pihak polis pada jam 8 pagi.

“Saksi berkenaan sedikit lewat menghubungi pihak polis kerana ketika kejadian, telefon bimbitnya tidak mempunyai kredit.

“Siasatan awal mendapati suami mangsa adalah pekerja restoran di sekitar kawasan berkenaan manakala isterinya seorang suri rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Di lokasi kejadian, turut berada bersama mangsa dalam bilik sewa berkenaan ialah suami mangsa berusia lingkungan 30-an yang ditemui dalam keadaan terbaring serta terdapat kesan kelar pada lehernya, dipercayai cuba membunuh diri.

Suspek (suami) terbabit kini masih dirawat di Hospital Queen Elizabeth (QEH).

Menurut Mohd Zaidi, siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya