HomeUtamaSTAM 2022 : Sabah catat peningkatan, 19 calon lulus gred Maqbul

STAM 2022 : Sabah catat peningkatan, 19 calon lulus gred Maqbul

Read Time:1 Minute, 42 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Seramai 19 orang iaitu 70.37 peratus calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2022 di Sabah lulus atau sekurang-kurangnya mendapat sijil iaitu gred Maqbul.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Raisin Saidin berkata, pada tahun lalu seramai 34 calon dari sekolah agama bantuan kerajaan telah menduduki STAM berbanding 17 orang pada tahun sebelumnya.

Katanya, peratus lulus itu menunjukkan peningkatan berbanding hanya sembilan orang atau 52.94 peratus lulus daripada 17 calon yang menduduki STAM 2021.

“Bagi negeri Sabah, hanya dua buah sekolah agama sahaja yang mengadakan peperiksaan STAM iaitu di Sekolah Menengah Agama (SMA) Islamiah, Tawau dan SMA Al-Irsyadiah Marakau, Ranau.

“Dua buah sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di kawasan bandar dan luar bandar masing-masing merekodkan kadar lulus sebanyak 70.37 peratus dan 52.94 peratus.

“Seramai empat pelajar turut mencatat keputusan cemerlang atau gred Mumtaz, semua mereka dari SMA Islamiah Tawau,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengumumkan keputusan STAM 2022 bagi negeri Sabah, di sini, hari ini.

Raisin berkata, berdasarkan pencapaian itu, Sabah merekodkan Gred Purata Negeri (GPN) yang lebih rendah atau lebih baik dalam STAM 2022 iaitu 3.28 berbanding 3.47 pada STAM 2021.

Katanya, calon STAM di Sabah menduduki sebanyak 10 mata pelajaran iaitu Bahasa Arab Insya dan Mutalaah, Bahasa Arab Nahu dan Sarf, Bahasa Arab Adab dan Nusus, Bahasa Arab Arudh dan Qafiyah, Bahasa Arab Balaghah, Usuluddin Hifz Al-Quran dan Tajwid, Usuluddin Tafsir dan Ulumuhu, Usuluddin Tauhid dan Mantiq, Syariah Hadith dan Mustolah serta Syariah Fiqh.

“Sebanyak 10 mata pelajaran diambil oleh calon STAM 2022 di Sabah dan daripada jumlah itu satu mata pelajaran mendapat 100 lulus iaitu Bahasa Arab Insya dan Mutalaah,” katanya.

Beliau berkata, semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan dari segi kualiti berbanding STAM 2021 kecuali Bahasa Arab Balaghah yang mencatat sedikit penurunan.

Terdahulu, empat pelajar cemerlang STAM 2022 Sabah itu ialah Ahmad Safuan Abdul Rahim, Liyana Fathiyah Mohd Zulkani Faqeehah Nur Syahirah Ardiansyah dan Muhammad Aimanshah Mohd Shan turut diberikan sijil pengiktirafan daripada JPNS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya