HomeIsu tempatanSawit Kinabalu serah lot tanah di Kampung Karangan

Sawit Kinabalu serah lot tanah di Kampung Karangan

Read Time:1 Minute, 13 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Beaufort : Sebanyak 17 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Karangan di sini menarik nafas lega apabila tanah yang diduduki milik syarikat Sawit Kinabalu sejak 38 tahun yang lalu bakal menjadi sebuah rizab perkampungan.

Lebih manis apabila semua KIR terlibat dapat menyaksikan penyerahan tanah dalam bentuk lot yang disempurnakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam bersama Pengarah Operasi Sawit Kinabalu, Datuk Bacho Jansie.

Tanah tersebut diserahkan Sawit Kinabalu kepada Pejabat Daerah Beaufort yang diterima Pegawai Daerah Mohd Nazri Ajun untuk diwartakan sebagai rizab perkampungan.

Ruslan berkata, usaha itu merupakan hasil keprihatinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang sentiasa mengambil berat terhadap isu rakyat khususnya masyarakat kampung.

Katanya, Ketua Menteri telah memberi arahan kepada Sawit Kinabalu dan agensi berkaitan untuk menyusun atur dalam mencari jalan bagi menyelesaikan perkara yang berkaitan tanah milik syarikat Kerajaan Negeri itu.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie diatas keprihatinan beliau kepada rakyat serta kemajuan kampung.

“Terima kasih kepada semua pihak yang berusaha keras bagi merealisasikan menjadi rizab perkampungan di Kampung Karangan,” katanya.

Sementara itu, Bacho berkata, tanah seluas lebih 10 ekar milik Sawit Kinabalu di kawasan Lumadan itu akan diserahkan kepada Pejabat Daerah Beaufort untuk diwarta sebagai rizab kampung bagi penduduk di Kampung Karangan.

Pada majlis itu, Sawit Kinabalu turut menyerahkan sumbangan kepada 32 buah masjid dan 36 surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumada sebanyak RM50,000. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peranan alumni UPNM di Sabah bantu kukuhkan hubungan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya