HomeUtamaSabah isytihar Jumaat sebagai cuti umum tambahan

Sabah isytihar Jumaat sebagai cuti umum tambahan

Read Time:52 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kerajaan Negeri hari ini mengisytiharkan Jumaat iaitu 21 April sebagai cuti umum tambahan bagi Sabah tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu adalah selaras dengan Ordinan Cuti Umum Sabah.

Terdahulu, petang tadi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi satu hari kelepasan am tambahan.

Katanya, ia adalah bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Anwar berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal yang hanya akan dibuat pada Khamis, 20 April 2023.

“Sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Ia adalah berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Walau bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jabatan Perhutanan perlu terus tingkatkan kutipan hasil hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya