HomeUtamaNenek maut selamatkan cucu dari dilanggar motosikal

Nenek maut selamatkan cucu dari dilanggar motosikal

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Seorang nenek maut dipercayai cuba menyelamatkan cucunya dari dilanggar sebuah motosikal semasa melintas jalan di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhampiran Kampung Rampayan dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima makluman pada jam 8.55 pagi tadi (18 April) mengenai satu kemalangan jalan raya berlaku di Jalan UMS berhampiran Kampung Rampayan melibatkan dua orang pejalan kaki serta satu penunggang motosikal bersama pembonceng.

“Siasatan awal kejadian mendapati penunggang motosikal seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Indah Permai menuju ke One Borneo untuk menghantar teman wanitanya (pembonceng) ke tempat kerja.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, lelaki tersebut sedang menunggang motosikal di lorong kanan, tiba-tiba nenek dan cucunya dari arah kiri telah melintas dihadapan laluan penunggang menyebabkan tidak sempat mengelak lalu terlanggar nenek tersebut.

“Walaubagaimanapun sebelum pelanggaran berlaku nenek itu sempat menolak cucunya untuk elak daripada dilanggar.

“Nenek yang berusia 56 tahun yang dilanggar mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala cucunya yang berusia sembilan tahun hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, kesan pelanggaran tersebut juga menyebabkan penunggang dan pembonceng terbabas ke bahu kanan jalan bersama motosikal yang dinaiki.

Katanya, penunggang yang berusia 46 tahun itu turut mengalami kecederaan dibahagian kepala juga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pembonceng berusia 47 tahun dan cucu yang melintas jalan tadi hanya cedera ringan dibahagian muka masing-masing dibawa ke Hospital Likas dan seterusnya ke Hospital Queen Elezabeth l (HQE1) untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, kesemua pihak yang terlibat tidak disyaki mabuk. Namun spesimen milik kedua-dua mangsa yang maut akan diambil setelah bedah siasat dijalankan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya