HomeIsu tempatan20 kanak-kanak asnaf terima sumbangan dari persatuan SSS

20 kanak-kanak asnaf terima sumbangan dari persatuan SSS

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Seramai 20 orang anak-anak asnaf yang terpilih di Sekolah Agama Negeri Integrasi, Kota Kinabalu menerima sumbangan daripada Persatuan Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SSS).

Program Sekilo Gula Sekampit Beras Kepada Anak-Anak Asnaf di bulan Ramadhan oleh SSS berlangsung di Dewan Mawaddah, Sekolah Agama Negeri Integrasi, Kota Kinabalu pada Selasa (18 April).

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengerusi SSS Rosalind @ Roslina Bumpin.

Roslina berkata, program tersebut diadakan bertujuan menggalakkan ahli-ahli persatuan yang beragama Islam menghayati bulan Ramadan sebagai bulan ibadat dan juga bulan kebajikan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Agama Negeri Intergasi Kota Kinabalu iaitu Ustazah Asmah kerana sudi memberi ruang kepada Persatuan ini untuk menyampaikan sedikit bantuan kepada 20 orang anak-anak Asnaf yang terpilih di sekolah ini.

“Program ini merupakan satu lagi inisiatif dari Persatuan SSS untuk melaksanakan program CSR di Bulan Ramadan yang berkah ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada program itu.

Sumbangan yang berupa sekilo gula dan sekampit beras beserta wang saku , Roslina berkata, bantuan itu amat bermakna kepada persatuan SSS kerana dapat berkongsi rezeki kepada anak-anak Asnaf.

“Meskipun bantuan yang disampaikan hanyalah Sekilo Gula Sekampit Beras dan juga sedikit wang saku, tetapi ianya amat bermakna kerana dapat berkongsi rezeki dengan anak-anak Asnaf agar kemuliaan Ramadhan serta keriangan sambutan Aidilfitri turut sama dirasakan.

“Semoga dengan sedikit sumbangan ini akan dapat memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini. Di samping itu juga kita dapat menjalinkan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli Persatuan SSS besama guru-guru dan anak-anak murid sekolah ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular