HomeIsu tempatanSawit Kinabalu, SLDB laksana CSR santuni golongan asnaf

Sawit Kinabalu, SLDB laksana CSR santuni golongan asnaf

Read Time:1 Minute, 8 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Beaufort : Seramai lebih 500 golongan asnaf di kampung Rancangan Klias di sini menerima sumbangan sempena Program Rahmat Ramadan Menyantuni Asnaf.

Program kolaborasi antara Kumpulan Sawit Kinabalu dan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) itu telah disempurnakan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia Datuk Siti Aminah Aching yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

Pengarah Operasi Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie menyeragkan sumbangan kepada Aminah pada majlis itu

Hadir sama Pengarah Operasi Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie dan Pengurus Besar SLDB Syaheddrul R Joddari.

Pada majlis itu, Sawit Kinabalu telah menyumbangkan dana RM50,000 dan kurma untuk disumbangkan kepada golongan asnaf di kampung berkenaan.

Pengurus Besar SLDB Syaheddrul R Joddari menyerahkan sumbangan beras kepada penerima

Selain itu, SLDB turut menyerahkan sumbangan menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada penerima iaitu 600 kampit beras jenama Sabaras.

Terdahulu, Aminah berkata, pihaknya merakamkan penghargaan terima kasih kepada Sawit Kinabalu dan SLDB dalam melaksanakan CSR kepada golongan memerlukan khususnya di bulan Ramadan.

Pengurus Besar SLDB Syaheddrul R Joddari. (empat kanan) bersama kakitangan SLDB yang hadir

“Selaku Ahli Parlimen Beaufort, saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada kedua-dua agensi Kerajaan Negeri yang telah memberikan sumbangan berupa duit raya, beras dan kurma.

“Saya juga difahamkan, kedua-dua agensi ini turut menyerahkan sumbangan kepada beberapa kampung lain di Parlimen Beaufort termasuk kurma di surau dan sekolah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya