HomeUtamaPemilik Mydin dakwa rugi RM500,000 kerana pengumuman cuti tambahan

Pemilik Mydin dakwa rugi RM500,000 kerana pengumuman cuti tambahan

Read Time:1 Minute, 5 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pemberian cuti tambahan satu hari sempena Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilihat sebagai satu yang ‘merugikan’ buat para peniaga.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Urusan Mydin Holding Mohamed Holdings Berhad Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin menerusi satu temubual yang dimuat naik di aplikasi TikTok Malay Digest.

Katanya, tambahan cuti itu dilihat telah merugikan pihaknya kerana terpaksa menanggung beberapa kos kerana telah melaksakan perancangan tertentu sebelum perayaan tiba.

“Siapa tidak mahu cuti, saya pun mahu cuti.  Tetapi semua orang sudah buat perancangan, namun kerana pengumuman cuti tambahan ini kita terpaksa tanggung kos.

“Ini adalah kos untuk peniaga, kita mahu mengurangkan kos.  Kita mahu beri kos kepada Menu Rahmah atau barang lain tetapi bila pengumuman macam ini untuk Mydin sahaja, kita sudah rugi sebanyak RM500,000,” katanya.

Katanya, jumlah yang besar itu mampu diberikan menerusi Menu Rahmah daripada RM5 kepada RM4.

“Jumlah itu besar, cuba anda bayangkan, RM500,000 saya boleh bagi Menu Rahmah daripada RM5 bagi RM4 dan seramai 500,000 orang boleh makan makanan itu,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan bersetuju untuk memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 10,000 pengunjung meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya