HomeUtamaKYS kembali laksana rebat penghargaan 25 peratus

KYS kembali laksana rebat penghargaan 25 peratus

Read Time:1 Minute, 58 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) kembali melaksanakan diskaun pembayaran balik sehingga 25 peratus bagi pembayaran sekaligus dan 15 peratus bagi pembayaran separuh pinjaman.

Diskaun yang akan dilaksanakan bermula April hingga 30 Jun depan merupakan Program Rebat Penghargaan bagi memudahkan para peminjam melunaskan baki pinjaman pengajian mereka.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar berkata, program itu merupakan satu insentif daripada KYS kepada para peminjam.

“Sebelum ini, rebat 25 peratus hanya diberikan kepada para peminjam pengajian yang ingin memendekkan tempoh bayaran sekurang-kurangnya 75 peratus daripada tempoh pembayaran balik yang ditetapkan.

“Bagi tahun 2023, melalui program rebat penghargaan 25 peratus dan 15 peratus ini, para peminjam layak mendapat rebat yang ditawarkan berdasarkan syarat ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Gulamhaidar berkata, insentif ini akan menokok tambah usaha Kerajaan Persekutuan yang melaksanakan Insentif Bayaran Balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), berkuat kuasa pada 1 Mac 2023.

Katanya, KYS juga menawarkan rebat sebanyak 15 peratus kepada para peminjam yang ingin membayar separuh (50 peratus) daripada baki pinjaman mereka dan para peminjam yang berminat mestilah menandatangani surat akuan penerimaan rebat yang disediakan.

“Untuk tujuan itu juga, KYS turut mempelbagaikan kaedah pembayaran demi memudahkan para peminjam membuat pembayaran.  Sepanjang program ini, para peminjam juga dapat melakukan pembayaran melalui pembayaran dalam talian.

“Para peminjam mempunyai pelbagai pilihan pembayaran digital, seperti aplikasi Maybank2u untuk pelanggan Maybank di samping perpindahan menggunakan telegraf dan JomPAY untuk pelanggan bank lain.

“Sebagai alternatif, kami juga menerima pembayaran yang dibuat melalui Arahan Tetap Bank, draf bank dan cek,” katanya.

Gulamhaidar berkata, peminjam juga boleh mengunjungi kaunter pembayaran yang terletak di Aras enam, Menara Tun Mustapha, Teluk Likas, Pejabat Yayasan Sabah, Aras enam, Bangunan Urban Transformation Centre (UTC), Sembulan, Kota Kinabalu atau Pejabat-pejabat Zon kami di Beaufort, Kota Marudu, Keningau, Sandakan dan Tawau.

“Dengan lebih banyak kutipan pembayaran pinjaman pengajian KYS, kami berharap dapat mengumpul lebih banyak dana bagi membolehkan KYS terus menyokong di samping memberikan tajaan pendidikan untuk pelajar pada masa akan datang,” katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Program Rebat Penghargaan 25 peratus ini, orang ramai boleh melayari laman web Kumpulan Yayasan Sabah di http://www.yayasansabahgroup.org.my, melayari Facebook KYS-Kumpulan Yayasan Sabah, menghubungi 088-326300 (samb. 1716, 1242 & 1246), 014-3288860, 016-8286125, 010-9556977 atau emel kepada [email protected]. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular