HomeUtamaSKM hulur sumbangan zakat kepada lima rumah anak yatim

SKM hulur sumbangan zakat kepada lima rumah anak yatim

Read Time:51 Second

Kuala Lumpur : Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM10,000 kepada lima buah rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur dan selangor, sempena Majlis Iftar SKM, di Menara SKM, di sini, baru-baru ini. 

Sumbangan sebanyak RM2,000 setiap rumah kebajikan itu disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick pada majlis itu.

Penerima sumbangan itu ialah Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak, Pusat Jagaan Raudhatul Nurr Jannah Gombak, Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur, Pertubuhan Amal dan Kebajikan Anak-Anak Islam Tersisih Selangor dan Maahad Tahfiz Al – Ansar.

“Semoga melalui sumbangan zakat ini dapat membantu meringankan beban dan anak-anak yatim akan dapat menyambut lebaran dengan perasaan gembira,” katanya. 

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Senator Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha Kuskop Datuk Seri Suriani Ahmad, Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM Datuk Umar Sarim Saidin.

Sementara itu Umar Sarim berkata Program Iftar Ramadan itu merupakan inisiatif SKM untuk merai anak-anak kurang berkemampuan dan mengeratkan mengukuhkan perpaduan dikalangan warga SKM. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular