HomeUtamaKerajaan tidak bercadang tetapkan SOP khas Aidilfitri

Kerajaan tidak bercadang tetapkan SOP khas Aidilfitri

Read Time:1 Minute, 3 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kulai : Kerajaan tidak bercadang untuk menetapkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) khas kepada orang ramai bagi mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19 sempena perayaan Aidilfitri.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ini kerana kes jangkitan virus itu di negara ini dilihat masih dalam keadaan terkawal.

“Memang betul kes COVID-19 meningkat, tetapi ia masih dalam keadaan terkawal.

“Kita tidak perlu panik, walaupun ada peningkatan, kita lihat seperti subvarian Omicron, mungkin ia mudah berjangkit tetapi kes itu (tahap) keterukan adalah sangat rendah,” katanya pada sidang media selepas melawat Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai.

Dr Zaliha berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya kerajaan bercadang untuk membuat sebarang SOP khas sempena sambutan perayaan Aidilfitri.

Bagaimanapun, beliau berkata orang ramai terutama yang mempunyai gejala adalah digalakkan untuk memakai pelitup muka.

Sementara itu, mengenai pelantikan Ketua Pengarah baharu bagi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib esok, beliau berkata perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Bagi menjawab siapa pengganti Tan Sri Dr Noor Hisham saya minta bersabar. Sudah ada nama-nama yang berpotensi untuk menggantikan beliau, dalam masa terdekat saya akan umumkan,” katanya. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Kemenangan Lepu,Manda melengkapkan satu cerita yang manis – Cikgu Sharif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular