KOTA KINABALU: Masyarakat bukan Islam dapat berkongsi kegembiraan dan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri tanpa sebarang halangan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.
Beliau berkata ini adalah ciri utama konsep Perpaduan dalam kepelbagaian Sabah di mana rakyat hidup bersama dalam keadaan aman dan harmoni dengan cara yang boleh dicontohi.
Christina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, menekankan keperluan untuk menghargai dan mengekalkan aspek persefahaman, kepercayaan dan hormat-menghormati kerana ini merupakan tunjang kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama.
Katanya, Sabah adalah sebuah negeri yang indah yang didiami oleh orang yang cantik-cantik.
Dalam perutusan Hari Rayanya hari ini, Christina berkata, kami mengalu-alukan hari yang baharu dan bermakna dalam menjangkakan hari esok yang menjanjikan, kami bersyukur kepada Yang Maha Kuasa untuk satu lagi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
“Kita semua berharap untuk meraih yang terbaik daripada perayaan ini dan meneruskan kehidupan ke hari yang lebih baik di hadapan. Semoga Yang Maha Kuasa membimbing kita ke jalan yang betul dalam kehidupan peribadi atau profesional kita.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Sabah,” katanya.
Christina berkata, Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, kini berada ke arah mencapai pemulihan ekonomi.
“Marilah kita memberi sokongan sepenuh hati kepada usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat, antara inisiatif berorientasikan rakyat,” ujarnya.