HomeIsu tempatanVideo tular peniaga ludah adunan murtabak, polis terima 3 aduan

Video tular peniaga ludah adunan murtabak, polis terima 3 aduan

Read Time:1 Minute, 2 Second

LABUAN: Polis Labuan mengesahkan menerima sebanyak tiga aduan berkaitan video tular seorang lelaki berkelakuan sedang mengacau adunan murtabak seakan-akan sedang meludah adunan tersebut dalam satu kejadian di Bazaar Ramadan Labuan Walk baru-baru ini.

Superintenden Ketua Polis Daerah Labuan Ahmad Jawila berkata, susulan penyebaran satu video berdurasi 12 saat di laman media sosial sejak 19 April 2023, pihak polis mengesahkan telah menerima sebanyak tiga laporan polis.

“Hasil penelitian lanjut, kejadian itu berlaku pada 19 April lalu bertempat di Bazaar Ramadan Labuan Walk W.P Labuan.

“Melalui rakaman tersebut, seorang lelaki dinyatakan sebagai penjual murtabak perisa air ludah di Bazaar Labuan Walk telah ditonton dan mendapat kecaman dari pelbagai pihak yang tidak senang dengan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Ahmad, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang- wenangnya menyebarkan video atau sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran terhadap masyarakat.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta agar tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Mohd Kennedy Mat Jusoh di talian 087-412222,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular